2011/04/01
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 akan naik 20 sen kepada RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.
Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti, berkata kenaikan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan petrol RON 95 dan bahan api lain.
Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lalu. "Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya ketika dihubungi di sini.
Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.
Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - BERNAMA
ps- Ermmm ... naik basikal laa tak lama lagi jawabnya ,,,minyak mahal lak ,,,nak pakai RON 95 ...lebih kurang same gak ,,,, nak kene isi banyak kali ,,,eng pon takde power ,,,or kalo nak sollution paling ideal bli kancil std 660 ,,,,jek ,,,bawak slow2 ,, hehe
Keicar4Life
Fitri @ red_k
No comments:
Post a Comment