Berkenaan dengan kejadian kemalangan di RKM KBS MUSC National Drag Champioship Round 3, 2012 di Putrajaya semalam (26/5/2012) , Kami pihak BSP Motorsports ,CompactMotorsports & Keicar4Life bersimpati dengan mangsa kemalangan dengan harapan moga semua selamat. Kepada pihak MUSC harap jangan putus asa dalam menganjurkan acara Drag seterusnya , ketepikan segala komen negative dan sentiasa pandang ke hadapan, perbaiki lagi ape kelemahan yang ade. Penganjuran Acara DRAG memang berisiko , sila ambil contoh Bangkok Drag Avenue yang mempunyai trek yang cukup segalanya pon masih berlaku kemalangan jiwa beberapa tahun lepas , tetapi pihak mereka sentiasa menaik taraf sistem keselamatan untuk penonton sekiranya perlu dan itu tidak berhenti di situ sahaja. Dragster-dragster diluar harap dapat bagi sokongan 100% kepada pihak MUSC , insyallah tindakan susulan tentang pembinaan Drag Strip pertama di Malaysia akan diusahakan secepat mungkin oleh pihak MUSC supaya kejadian sebegini tidak berulang kembali.
No comments:
Post a Comment